Kehidupan Lepas Mak Tiada
4okt 2023 - Allah ambil semula Mak, Terima kasih Ya Allah meminjamkan seorang mak yang sangat lemah lembut, serba serbi sempurna. Banyak yang perlu diambil pengajaran dari kehidupannya. Aku nak jadi seperti dia. Maka bermulalah hidup bapak bertemankan adek. setiap minggu kakngah balik jenguk bapak. paling lama tak balik pun sebulan. sham pun tak sihat tak dapat drive n kemas rumah melaka.
9 aug 25 - bapak ikut pindah ke Muar, duduk dengan kakngah. setelah berminggu2 pujuk. akhirnya bapak nak duduk dengan kakngah. Terima kasih untuk suami sebab ambil inisiatif dan terima bapak mertua utk duduk sekali, sama2 jaga. insyaAllah... kerana hanya dia satu2nya lelaki dalam keluarga ni selepas bapak, dia rasa perlu memikul tanggungjawab ini walaupun org kata dia orang luar.. Ya Allah berikanlah kesihatan yang sangat baik buat dia dan bapak.
Comments
Post a Comment